ULPL adalah unit yang berperanan untuk melaksanakan latihan (kursus/seminar/bengkel) kepada staf Politeknik dan masyarakat luar sama ada dari sektor awam, swasta ataupun badan-badan tertentu serta individu yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang tertentu di mana kepakarannya terdapat di Politeknik ini. Unit ini juga mengendalikan kursus-kursus di bawah Program Kebolehpasaran Graduan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Di samping itu, unit ini juga menguruskan program "Kursus Secara Sambilan" kepada lulusan sijil politeknik dan lepasan SPM yang berminat menyambung pelajaran mereka ke peringkat diploma.
Unit ini dilengkapi dengan kemudahan penginapan "JATI INN" yang boleh disewa serta digunakan bagi kemudahan penginapan kepada para peserta kursus. Unit ini juga mempunyai “Bilik Seminar” yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti LCD, Smart Board dan lain-lain kelengkapan untuk kegunaan kursus. Bilik ini mampu menampung seramai 60-80 peserta dalam satu-satu masa.
Powered By Mobirise